Cuti-Cuti Malaysia


Hari ini bermulalah hari persekolahan bagi semua pelajar dan guru-guru. Ada negeri yang telah pun memulakan sesi persekolahan mereka semalam. Ini adalah kerana hampir seminggu semua sekolah di negara kita cuti penggal seminggu. Jadi admin namakan cuti tersebut dengan nama Cuti-Cuti Malaysia

Kenapa cuti-cuti Malaysia. Sudah tentu pihak kementerian pelancongan Malaysia menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong dan bercuti di destinasi dalam negara. Dengan tema "dekat je" ia mendorong terutama kepada ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka melancong di destinasi tempatan.

Tahukah anda banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita lawati di negara kita sebagai destinasi pilihan untuk melancong. Dari gunung-ganang sehinggalah ke pulau-pulau yang sememangnya menjanjikan 1001 pengalaman buat mereka yang pergi ke destinasi tersebut. Sememangnya destinasi percutian yang terdapat di negara kita bukan sahaja terkenal kepada penduduk tempatan tetapi juga kepada pelancong luar negara.

Jadi marilah sama-sama kita semua terokai apa yang terdapat di negara kita sebelum kita meneroka ke negara luar. Jadi kan cuti-cuti Malaysia anda memang di dalam negara dan bukan di negara luar. Jika tidak berkesempatan cuti baru-baru ini ambil lah peluang di lain masa pula.

0 Response to "Cuti-Cuti Malaysia"

Post a Comment