Tips Jimat Duit Semasa Melancong


Hari ini admin ingin kongsikan kepada anda semua bagaimana dan beberapa Tips Jimat Duit Semasa Melancong. Sememangnya tahun 2016 adalah tahun yang sangat mencabar bagi semua penduduk dunia. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sudah pasti terkesan kepada sesiapa sahaja terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Jadi sememangnya 2016 adalah tahun untuk berjimat.

Jadi jom kita cuba Tips Jimat Duit Semasa Melancong yang admin ada juga buat sendiri dan ada juga yang admin kongsikan daripada rakan-rakan admin. Jadi untuk Tips Jimat Duit Semasa Melancong yang pertama adalah perancangan awal. Melalui perancangan awal kita sudah boleh plan anggaran perbelanjaan kita. Mana yang patut kita tuju, mana yang patut kita makan dan sebagainya.

Kedua, berkaitan dengan makanan.Sekiranya anda memilih untuk tinggal di hotel atau chalet, pastikan tempat penginapan tersebut menyediakan sarapan pagi secara percuma supaya anda boleh makan sehingga kenyang sebelum memulakan perjalanan percutian anda. Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, masak sendiri tentulah pilihan yang paling menjimatkan berbanding makan di luar.

Ketiga, berkaitan dengan tempat anda menginap. Cara terbaik untuk kurangkan kos percutian adalah tinggal di rumah saudara mara atau rakan yang berada di destinasi percutian anda secara percuma. Alternatif kedua adalah dengan mencari hotel bajet atau apartment untuk mengurangkan kos. Anda juga boleh pergi bercuti bersama kumpulan sahabat anda. Anda boleh berkongsi dana untuk penginapan.

Keempat, adalah berkaitan pengangkutan. Selain berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam, menyewa kereta juga merupakan pilihan yang bagus. Anda hanya perlu mencari syarikat kereta yang menawarkan harga yang murah dan berpatutuan. Sekiranya anda bercuti bersama saudara mara atau rakan-rakan, kos pengangkutan ini juga dapat dikurangkan lagi. 

Kelima, adalah kedudukan tempat-tempat menarik yang anda ingin tuju. Sebelum anda bertolak ke destinasi percutian, pastikan anda telah mengkaji tempat tersebut dan merancang perjalanan anda sepanjang tempoh percutian. Dengan adanya peta, ini akan memudahkan anda merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk melawat tempat-tempat menarik yang anda ingini dan mengelakan anda daripada sesat. Alternatif lain yang popular pada masa kini ialah menggunakan “google map” atau ”GPS” pada telefon pintar.

Sekian, Tips Jimat Duit Semasa Melancong untuk anda semua. Semoga bermanfaat.

0 Response to "Tips Jimat Duit Semasa Melancong"

Post a Comment