Google Malaysia Digodam Hackers Bangladesh


Google Malaysia Digodam Hackers Bangladesh


Pagi tadi ketika ingin melayari laman web google Malaysia sesuatu telah terjadi. Website google Malaysia tidak boleh diakses dan telah di redirect ke satu page lain seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di atas.

Menurit satu laporan akbar tempatan, memang benar laman web google Malaysia telah digodam oleh penggodam dari Bangladesh. Laman-laman sosial trending dengan gambar-gambar re direct ke web tersebut ( seperti gambar di atas ) terutamanya di twitter.

Oleh itu, jurucakap Google Malaysia telah pun membuat kenyataan ketika dihubungi dan berkata  “Kami sedar bahawa beberapa pengguna menghadapi masalah melayari  google.com.my, atau telah diarahkan ke laman web yang berbeza. Perkhidmatan Google untuk domain google.com.my tidak terjejas. Kami sedang berhubung dengan organisasi yang bertanggungjawab untuk menguruskan nama domain dan berharap untuk menyelesaikan isu ini. "

Ini bukanlah kali pertama kejadian yang sama berlaku. Pada tahun 2013, percubaan godaman yang seakan sama turut berlaku kepada laman Google Malaysia.



0 Response to "Google Malaysia Digodam Hackers Bangladesh"

Post a Comment