Biodata Ahmad Maslan

Biodata Ahmad Maslan

Anda pasti pengguna Facebook dan Twitter. Anda juga pasti selalu membaca di timeline anda berkaitan kenyataan seorang Timbalan Menteri ini. Boleh dikatakan beliau adalah timbalan menteri paling popular ketika ini. Tidak lain dan tidak bukan individu yang dimaksudkan adalah YB Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan. Pastinya ramai yang tidak tahu latar belakang beliau bukan. Jadi admin kongsikan Biodata Ahmad Maslan untuk bacaan semua.

Sejak kebelakangan ini beliau sentiasa memberi kenyataan berkaitan isu terkini di negara kita terutamanya isu GST. Jadi mari sama-sama kita lihat Biodata Ahmad Maslan secara penuh yang dipetik dari laman blog beliau sendiri.

Nama Penuh:
Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan

Tarikh Lahir:
30-4-1966

Tempat Lahir:
Benut, Pontian, Johor

Ayah Hj Maslan (arwah) & Ibu Hajah Aminah adalah penoreh getah yg miskin pada ketika muda hingga umur mereka 50an di kampung yang daif tiada bekalan letrik, air paip, jalan raya & tiada telefon sehinggalah tahun 1996.

Pendidikan:

SK. Seri Bahagia. Lubuk Sipat, Benut, Pontian
(1973-1978 menerima anugerah Tokoh Murid)
SM. Sains Johor, Kluang (Asrama Penuh)
1979-1983 Anugerah Pelajar Terbaik SRP & Pembahas Piala Perdana Menteri)
Rosehill College, Auckland New Zealand (1985)
Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik)
Universiti Victoria, New Zealand (1986- 1988)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)-(UKM Bangi)
Anugerah Emas Siswa Terbaik drpd 177 pelajar)

Alamat Pejabat:

Pejabat Timbalan Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan
Aras 11,
Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

Tel: 03-8882 3000
Fax: 03-8882 4242

Pengalaman Pekerjaan:

Pengurus Operasi
Persatuan Pertubuhan Islam New Zealand, Wellington, New Zealand
(1989-1990)

Penolong Pengarah
Biro TataNegara, Jabatan Perdana Menteri
(1991-1994)

Setiausaha Sulit Kanan kepada YB. Dato' Mustapa bin Mohamed (Timb. Menteri Kewangan)
(1994-1995)

Setiausaha Politik kepada YB. Dato' Mustapa bin Mohamed (Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi)
(1995-2000)

Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Restu (Shah Alam, Melaka & P.Pinang)
(2000-2005)

Pengarah SERANTA (FELDA)
Jabatan Perdana Menteri
(March 2005 - Feb 2008)

8/3/08 - KINI: Ahli Parlimen Pontian
9/4/2009 - 14/5/2013: TIMBALAN MENTERI DI JPM
15/5/2013 - hingga kini:  TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

JAWATAN DALAM POLITIK (sekarang)

1. Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Lubuk Sipat, Benut (Sejak 1996)
2. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian (Sejak 2009)
3. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Restu (Sejak 2005)
4. Pengerusi Alumni Kelab UMNO Luar Negara (Sejak 2010)
5. Timb. Pengerusi Biro Latihan UMNO Malaysia (Sejak 2009
6. Ketua Penerangan UMNO Malaysia (Sejak 2009)
7. Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (Sejak 2012)
8. Ahli Parlimen Pontian (Mulai 8 Mac 2008)

JAWATAN DALAM POLITIK (Sebelum ini)

1. AJK Kelab UMNO Wellington, New Zealand (1986-1988)
2. Pengerusi Kelab UMNO Wellington, New Zealand (1989-1990)
3. AJK Biro Penerangan UMNO Bahagian Sg.Benut (1991-1993)
4. AJK UMNO Bahagian Sg.Benut (1993-2003)
5. AJK Biro LATIHAN Pemuda UMNO Malaysia (1991)
6. AJK Biro Penerangan Pemuda UMNO Malaysia (1993)
7. AJK Biro Sains & Teknologi Pemuda UMNO Malaysia (1995)
8. Timb. Pengerusi Majlis Integrasi Pemuda UMNO Malaysia (1995)
9. AJK Biro Agama & Pendakwah Pemuda UMNO Malaysia (1996)
10. Naib Pengerusi Biro Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia (1996)
11. AJK Malaysia-Saudi Arabia Business Council (1998)
12. Ketua Penerangan UMNO Bah. Pontian (2004-2009)
14. Setiausaha Penerangan UMNO Negeri Johor (2006-2009)
15. AJK Alumni Kelab UMNO Luar Negara (Sejak 2000)
16. AJK Pelaksana Penerangan UMNO Malaysia (Sejak 2006)
17. Ahli Lembaga Pemegang Amanah DAMAI (Dewan Amal Islam Hadhari) sejak 200
18. Ketua Penerangan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) 2008-2009
19. Ketua Penerangan UMPG (UMNO Member of Parliament Group) 2008-2009 

0 Response to "Biodata Ahmad Maslan"

Post a Comment